Saturday 15 September 2012

Ulasan Lirik Teman Pengganti - Malique feat. Black

SALAM

Terima kasih sebab klik untuk membaca ulasan mengenai lagu Teman Pengganti 

Lagu ini berlatarkan kisah tragis seorang lelaki yang menanti saat-saat pemergiannya. Merasa kesedihan, ketakutan dan kerisauan dalam hatinya terhadap seorang isteri. Beliau menderita penyakit jantung (mungkin) yang menjadi rahsia sekian lama daripada pengetahuan isterinya. 

Kecintaannya kepada isteri tiada tolok bandingnya dihiasi dengan pengorbanan dan kata-kata indah disetiap ceritera kisah hidupnya. Beliau meletakkan satu harga yang tidak ternilai atas pengorbanan seorang isteri yang menerima dirinya sebaik-baiknya, sabar dengan kerenahnya dan sanggup menepuh kepayahan hidup bersama.

Beliau tahu seistimewa manapun isteri dimatanya, Allah SWT lebih dia sayangi, mencintaiNya dengan sepenuh hati dan sentiasa redha dengan ketentuanNya.

Kisah ini menjadi lebih sedih apabila beliau menyiapkan segala-gala yang termampu dalam keterbatasan fizikal dan kemampuannya untuk meringankan bebanan orang lain setelah kepergiannya,

Lagu ini ialah masterpiece Malique yang bijak bermain dengan susunan kata-kata puitis, cukup untuk menggambarkan seluruh isi cerita ini yang bergelumang dengan rasa kekesalan, kesedihan, kesengsaraan dan kepasrahan. Well done Malique. BEST!!

Teman Pengganti - Malique feat. Black

Teman Penggangti

Klik disini (untuk ulasan mengenai lagu ini)


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Friday 14 September 2012

Oppa Gangnam Style

SALAM

Memang fenomena sekarang, boleh kata satu dunia kena demam Psy ni. Memang semua orang psycho habis dengan Gangnam Style. Artis Hollywood siap tweeting pasal lagu ni, apatah lagi artis Bollywood, Malaywood dan Plywood.

Ramai orang suka dan begitu juga sebaliknya. Biasalah lumrah alam. Tapi kira stylo jugak la si Psy ni sampai tarian itu diikuti oleh ramai orang. Mana dia dapat idea nak tunggang kuda tu pun tak tau.

Dalam Youtube, mamat sorang ni pernah imitate Lady Gaga dan Beyonce. Korang try la cari. Kelakar habis.

Tak habis kat situ, ramai pulak yang buat parodi. Kat Malaysia, radio Fly.fm tak terkecuali. Semua nak buat parodi..ok la untuk lepas geram nak naik kuda.

Untuk versi orang marah mungkin boleh letak tajuk "Opah Geram Bai" Haha. JOKING!!!


Saturday 11 August 2012

Bloggers Copy Paste?!


SALAM
Apa cerita ni? Bloggers copy paste?



Inilah nasihat dari kawan-kawan aku ketika aku cakap aku nak try buat blog. Deorang kata jangan jadi blogger copy paste. Orang tak suka.. orang tak suka, kenapa?

Tapi apakah itu blogger copy paste?
Menurut deorang, bloggers copy paste ini ialah golongan bloggers yang suka copy bloggers lain punya article dan paste dalam blog dia macam buat assignment jer. Selain pada itu, ada juga yang copy dari petikan akhbar online jugak ada jugak ke stail macam ni? Emm, betul juga tu..aku ada juga terbaca tulisan blog, macam ayat buku pun ada. Kekantoian!!

Tapi kenapa mereka buat kerja macam ni? Aku rasa ada beberapa musababnya;
1. Kering idea (nak fikir tapi idea tak datang atau malas nak fikir)
2. Nak cepat (seperti kata iklan “Pantas dan menjimatkan masa”)
3. Asal ada (janji ada orang visit blog cukuplah)
4. Tak pandai nak menulis (erk~~ karangan dapat C+)

Sebab itu la juga kalau kita membaca article yang di”copy paste” ni selalu pelik dari segi bahasa. Kalau copy dari laman Indonesia ada ayat-ayat yang digunakan agak asing pada pendengaran kita.

Ok, apa-apapun jangan jadi BCP (blogger copy paste) maaaluuuu

Bye!!!
Wassalam

Friday 27 July 2012

Hobiku ialah makan

SALAM

Seorang kawan bertanya kepada saya tentang hobi saya. Dengan senang hati saya bagi tahu. Makan!!.



Lantas dia menjawab"oo..padan la". Saya tahu saya ni tidaklah sekurus mana. Saya terima itu.

Pada saya, saya tidak kisah samada gemok atau kurus, janji hati baik.

Tapi saya faham, bukan semua orang berfikiran macam saya. Ada yang kisah mengenai saiz, ada yang tidak.

When people say "size doesnt matter". Please think twice.

Monday 23 July 2012

Najwa Latif - fenomena baru industri muzik?

SALAM

Suka atau pun tidak, Najwa Latif ialah fenomena baru industri muzik Malaysia. Setelah tenggelamnya nama-nama besar, tiba-tiba Najwa Latif hadir membawa alunan yang ringkas, ringan dan sedap didengar.

Setiap lagunya menjadi siulan. Jika ada saja video baru yang diupload ke Youtube sudah tentu ramai yang akan menontonnya.



Terbaru, Najwa tampil dengan lagu ketuhanan "AdaMu". Menggambarkan alam semulajadi atas ciptaan Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, ia seperti sebuah video yang sangat synchronize dengan alunan lagu.

Semoga Najwa Latif sentiasa berjaya. Good Luck


Tuesday 17 July 2012

Bermula

SALAM

Langkah pertama saya dalam blog. Emm, harap-harapnya ia menggembirakan. Saya perlukan rakan-rakan yang akan membantu mengajar saya bagaimana untuk berblog.



Salam Perkenalan

Shazrul Iman