Thursday 26 December 2013

Pengalaman Pertama: Berkhatan

Assalamualaikum

Hai jumpa lagi. Baru je masuk edisi ketiga untuk pengalaman pertama. Pembaca macam takde je. Hehe. Tak pe la belum rezeki la tu.

Pengalaman berkhatan ni akan menjadi pengalaman pertama dan terakhir seumur hidup. Tak akan dilalui lagi.


kali ini tak de gambar. Biarlah rahsia

Jadi apa ceritanya pula kali ini.

Bila cuti sekolah, semua orang berseronok tapi bukan untuk semua orang. Ada yang merancang untuk berkelah ditepi pantai, panjat gunung, melancong dan melencong dan macam-macam lagi. Tetapi ada jugak benda yang tak best tapi tetap kena buat. apa dia? Kena buat kerja sekolah!! Huhu

Tapi kisah kerja sekolah kita letak tepi sekejap. 

Perasaan yang tak dapat dibayangkan bila esok nak cuti tapi kalau boleh tak nak cuti sebab dah nak kena berkhatan. Emm, orang kata dah nasib badan. Apa boleh buat..

Mengenang kembali kisah lampau yang terlampau, saya menyertai "program tersebut" ketika sekolah rendah yang telah belangsung dengan seramnya di sekolah agama. Dah la menunggu itu satu penyeksaan. Bila tengok sorang keluar sengeh, kita pun rasa ok. Tapi bila ada yang keluar menangis, kita pun rasa nak balik je. Ni semua tok mudim punye pasaaalllll!!!

Tunggu punya tunggu waktu yang ditunggu telah pun tiba. Bila nama dipanggil terpaksalah masuk. Lantas, terdengar pula suara.. "Dik, baring sini".. Wargh..dup dap dup dap la. Huhu. Pasrah, pasrah. *babak seterusnya telah dipotong

Bila semuanya sudah selesai, apa nak ditunggu..balik la rumah. Lagi satu perkara yang tak best berlaku seperti tak boleh berjalan-jalan, berlari mahupun melompat ke sana-sini seperti kanggaru. Makan pun kena buboq dan ikan selayang stim atau rebus. Tawar tak payah cakap la kan. Tak sedap. Tatkala itulah dimana adik yang masih lagi kecil menayang aiskrim sambil menari-nari anak rusa nani didepan dengan riang gembira. Haish!!. Itu belum lagi bawa drumstick mengelilingiku yang terbaring kaku. Satu lagi Haish!!!

Tapi bak kata orang setiap kepahitan ada kemanisan di dalamnya. Ketika ini lah orang memberi perhatian lebih. Hahaha. Nak apa je dapat kecuali makanan (terpaksalah makan makanan tawar). Dan bila orang datang rumah, orang akan bagi duit.. Yahoo. Hihi. Tapi habis lepas tu sebab beli kereta Dash Yonkurou.

Lama sikit dan boleh berjalan. Banyak pulak pantangnya. Yang pertama: Tak boleh jalan banyak. Ke2: tak boleh langkah kulit kerang (Giler lar pantang ni!!) No 3: Lupa dah

Bila masuk sekolah.. dah boleh masuk "kelab orang-orang dewasa" walaupun masih sekolah rendah. Kelab ni ada misi dan visi. Apakah misi dan visinys? Haha. senang saja. Menyakat budak-budak yang belum menyertai upacara tersebut. Haha.

Bila dah besar, fikir-fikir balik memang tak matang betul time tu. Budak-budak. Haish sekali lagi.

Ok la cukup dulu sampai sini. Jumpa lagi dalam edisi PENGALAMAN PERTAMA: NAIK KAPAL TERBANG



Thursday 19 December 2013

Pengalaman Pertama: Menjadi Fasilitator Untuk FRESHIE

Assalamualaikum

Hai bertemu lagi untuk sambungan kisah yang belum ni. Kalau tak sempat baca, anda boleh tekan DISINI. Hehe. Tekan tekan. Ok jom sambung

ni hiasan je tau. pinjam kejap eh. tq

Pertama kali menjadi "Pembantu Mahasiswa" atau "Fasilitator" ialah perkara yang menakutkan kerana tidak pengalaman mengawal pelajar-pelajar yang besar bilangannya. Kalau tak salah saya ketika itu bilangannya hampir 800 orang.

Sebelum diterima sebagai PM, kami perlu menghadiri orientasi sebagai PM. Banyak pengalaman yang menarik berlaku ketika itu. Mata saya melilau saja ke sana sini kerana tak kenal sesiapa pun. Sebatang kara.

Kami dibahagikan kepada kolej-kolej kediaman tertentu dan saya ditempatkan di Kolej Kediaman Refflesia dan Angsana di P.Alam. Perasaan gementar semakin menyelubungi diri tatkala dijengah rakan-rakan baru. Tak ada seorang pun yang saya kenal

Selepas bertaaruf, memperkenalkan diri kami mulalah bersembang-sembang dan berbual-bual (sama je). Kekuatan PM ketika itu cuma lingkungan 20 orang sahaja.Waktu tu saya ditugaskan sebagai BIRO KEROHANIAN dan SUKAN. Selepas diberikan taklimah, tahulah saya skop kerja biro ni. Tapi apa yang memeningkan kepala saya ketika itu, apakah sukan yang sesuai untuk dilakukan oleh 800 pelajar dalam masa yang sama. Uhh man..!!

Hari pertama:
Setelah ibubapa pulang dan meninggalkan anak-anak mereka di kolej kediaman. Ketika itulah juga kuasa ditangan kami datang secara tiba-tiba. Hehe. Mereka dikumpulkan di dewan. Bila melangkah masuk saja, mak aii ramai giler. Dup dap dup dap encik jantung berdegup kencang sampai rasa nak terkencing. Dengan muka yang penuh control dan cuba-cuba buat relax, semua PM naik ke pentas. Bila tiba time saya memperkenalkan diri, rasa nak lari. Huhu. Ayat skrip pada ketika itu ialah... Nama abang ...... abang akan jaga adik-adik dari segi kerohanian dan sukan. Cepat-cepat saya cakap Ok, tq. Hoo hoo lepas bala. Lepas tu startlah akitiviti ngan adik-adik PB (Pelajar baru) ni..

Hari kedua:
Pagi-pagi lagi, dalam pukul 5 pagi saya kena bangun untuk kejutkan PB. Bukan main liat lagi nak bangun subuh. Bayangkanlah kena naik setiap level untuk ketuk pintu bilik mereka. Rasa nak fracture dah tulang temulang jariku ini. Last-last sekali apa yang kami buat ialah bunyikan siren. Itupun tak bangun jugak. Huhu. Inilah akibatnya bercuti lama bangun lambat. Hehe. Dan bila jumpa kawan baru, apa lagi bersembang tak ingat dunia dan akibatnya tak ingat nak bangun subuh. Macam-macam lah PB-PB ni.

Hari ketiga hingga keempat.
-sila baca perenggan yang diatas ni. Sama je tiap-tiap hari.. Huhu

Hari akhir
Gimik perletakan jawatan sebagai PM sungguh penuh simbolik yang dicadangkan oleh Ketua dan Penolong Ketua PM (iaitu MPP). Kami memegang lilin yang menyala setiap seorang. Bila sampai mikrofon, kami memohon maaf atas segala dosa dengan PB dan kami tiup lilin tu. Kami kata dengan terpadamnya lilin, maka kami bukan lagi PM untuk PB tapi kami kawan PB. Ramai jugaklah yang menangis termasuklah cik-cik PM, emcik-encik PM steady. HEHE

Penutupnya, ex-PM dan PB menyanyi sama-sama lagu WARISAN dari Allahyarham Sudirman. Lirik lagu tu memang syahdu dan tangkap leleh dan akhirnya ramai yang meleleh juga ayaq mata. Ape? Saya? Emm~~~ (no komen). Ok see u. (cepat-cepat je tutup cerita..haha)

Jumpa lagi dengan cerita PENGALAMAN PERTAMA yang lain: BERKHATAN. Oucchh~~

Friday 13 December 2013

Pengalaman Pertama: Menjejak Menara Gading

Assalamulaikum

Pertama kali menjejakkan kaki di universiti awam menyebabkan perasaanku bercampur baur. Bukan tak pernah berjauhan dengan keluarga. Pernah tetapi cuma utntuk seketika tapi kali ini mungkin lama juga. Biasalah perasaan remaja baru nak membesar, baru nak belajar berdikari. OMG..Orientasi!!! Bencinya!!

Image: Lebih 9,000 pelajar baru akan daftar diri mulai hari ini
hiasan je ni

Bagi pelajar baru atau nama glemer "FRESHIE" amatlah tak best pada minggu pertama sebab kena orientasi. Kalau seminggu, seminggu la hidup dicatu. Penat dan kelam kabut sentiasa menyelebungi diri kerana tidak mendapat rehat yang cukup terutamanya pada waktu siang. Bila tiba sesi malam, alamatnya mata dah jadi separuh dengan kepala yang mengangguk-angguk tanda "faham" apa yang diceramahkan walaupun berada di alam mimpi. ;p (tidur)


Banyak juga perkara-perkara yang agak menjengkelkan dalam orientasi. Ada satu sesi tu, kami terpaksa berdiri di gelanggang bola tampar seawal 5 pagi mendengar 'ceramah' dari fasilitator sehinggalah waktu subuh. Kemudian selesai solat subuh, kena pula dengar ceramah subuh. Hurmm, ceramah subuh ~~ (mesti korang tahu jadi apa kan? hehe)


Denda mendenda ni memang dah lumrah dalam orientasi week. Ada yang kena push up, ada yang kena marah dan ada jugak yang kena tiup lampu pendaflur hingga padam!! Aisemen, macam mana nak padam bos? Dah la lampu tu berapa tinggi nun di syiling. Hehe. Kelakar betul la denda macam tu.


Lagi sehari dua nak tamat orientasi, kami ditugaskan ambil tanda tangan fasilitator. Aduhai, bapak susahnya nak dapat. Siap tak mengaku nama, suruh buat itu buat ini semata-mata nak turunkan tandatangan atas kertas milik freshie. Tapi sebagai freshie, layankan je la. Kalau ikutkan marah, memang marah..haish!!


Dalam orientasi tu, ada satu sesi untuk menyedarkan freshie supaya belajar dengan bersungguh-sungguh, jangan lupakan pengorbanan ibubapa dan menghargai peluang yang telah diberikan kepada kami. Yes, ceramah lagi. Suka 3x. Tiba-tiba lampu dewan ditutup. Terdengar suara fasilitator yang sayu-sayu. Tiba-tiba ada suara dari freshie yang gelak "kik kik" Daripada suara mendayu-dayu terus jadi suara mengamuk. Huhu. Tak sempat nak menghayati keinsafan terus potong stim.


Itulah sedikit antara yang saya dapat ingat. Bila kenangkan kembali, ia memang kenangan yang sangat menyeronokkan dan mengembirakan. Mungkin nanti saya akan kongsikan juga PENGALAMAN PERTAMA: MENJADI ABANG FASILITATOR bagi pelajar baru aka FRESHIE. Hehe (gelak jahat)


Jumpa lagi nanti.

Teruskan membaca

Boleh kongsikan pengalaman anda juga.


p/s - tq kepada abg dan akak fasi atas segala pengalaman yang menyeronokkan.

-S.I.H.Ad-