Tuesday, 24 March 2015

Pengalaman Pertama: Sambungan Berkhatan

Assalamualaikum..

Post yang terdahulu, korang mungkin dah baca mengenai Pengalaman Pertama: Berkhatan. So apa kena mengena dengan post kali ni? Emmm.. *teruskan baca

Ini ialah kali pertama saya melihat proses penyunatan secara fusion. Haha. Tradisional dan Moden.

Kronologi kejadian
Mula-mula budak-budak kecik ni diarak oleh waris mereka; diangkat diatas bahu. Kalau budak tu kecik takpe la jugak, kalau comel bam bam..acaner tu? Tak ke menangis pulak waris deorang nak angkat dia? Tapi dengan keikhlasan waris, deorang hentam saja.. Hehe


p/s gambar kat google. bukan gambar ditempat kejadian


Lepas itu, mereka diarak ke tempat mandian. Kalau ikut orang-orang lama, kanak-kanak ni dibawa ke sungai. Sekarang tak bawak ke sungai sebab takut kencing tikus! Jadi mereka dimandikan oleh encik bomba(s) menggunakan paip bomba! Tetapi pancutan airnya tak deras la, ala-ala gerimis dilautan gitu. Kalau bukak laju, alamatnya tersangkut la kanak2 tu atas bumbung. Haha.

bukan gambar sebenar juga. p/s google 


Mandi punya mandi, akhirnya budak-budak tu dibawa ke lokasi pemotongan. Kalau ikut budak-budak tu memang sampai malam nak main air. Banyak pulak la bil air nak kena bayar.

Di tempat pemotongan semuanya censored. Tak dibenarkan bukan waris budak tu masuk. Jadi skip part ni.

Selepas tamat, apa yang berlaku?

Deorang balik!!! dan bermula la episod baru dalam ceritera kanak-kanak bersunat. Syarat utama nak join grup ni ialah mesti menakutkan dan mengganggu kanak-kanakyang tak sunat lagi. Ada pulak pangkat, kalau dapat kacau budak samapai dia taknak sunat, ahli kelab akan dinaikkan pangkat dari ahli biasa kepada general besaq! Haha

gambar di kosmo..tp ni bukan bersunat rasanya


Ok la korang, see u!!



Tidur dan Sakit Tangan

Assalamualaikum...

Hai semua.

Tadi bangun tidur, pukul 5.30 pagi. Macam biasa, menggeliat dan tiba-tiba....

Sakitnya tangannn.... Aduhai, macam tak larat nak angkat tangan.

Semua pergerakan pun sakit. Aduhh, nak angkat lagi la..

Supaya sakit akan hilang kejap lagi..



Wednesday, 22 October 2014

Pengalaman Pertama: Menonton Filem di Pawagam

Assalamualaikum

Hai semua.

Ini ialah next cerita pengalaman pertama untuk menonoton wayang. Emm, seriously!!

Sebenarnya, tak pernah masuk dalam panggung wayang sehinggalah time tu saya di salah satu universiti awam di Malaysia ni. Itupun abang-abang senior bawa berjalan-jalan di KL. Kalau tidak memang tak pergi la. Hehe.

Saya jenis yang tak suka tengok filem English. Macam mana best pun orang kata, saya tak tengok pun.

Pertama kali masuk ke panggung wayang, emm memang tak tahu apa yang nak dibayangkan. Pengalaman baru tapi risau. Risau kenapa? Sebab gelap.. Hehe.

Dah la gelap, satu hal pulak nak cari tempat duduk. Fuhh, kalau kat luar ni ok lagi. Kalau nun di tengah pulau, habis terpaksa meredah lautan manusia. Segan betul.

Yang tak bestnya bila sejuk. Amboih!!. Pastu ditambah pulak kalau nak terkencing!! Lagi parah. Korang mesti pernah jadi camni kan?? So bayangkan.........................................................

*Cam tak best je cerita kali ni. Ok, jumpa lain kali!!!


Monday, 13 October 2014

Pengalaman Pertama: Menaiki Pesawat

Assalamualaikum

Hai semua. Sudah lama tidak menulis. Memang betul-betul sibuk. Tapi sedihnya, ada ke orang nak baca? Followers pun ada 2 orang je. Huhu.

OK patah balik kepada tajuk Menaiki Pesawat.

Pengalaman pertama ni datang ketika saya berada di tingkat 4 atau 5 macam tu la (tak ingat sangat). Ketika itu saya antara kumpulan pengakap senior dalam sekolah. Ada 7 orang semuanya.

Cikgu panggil "Kamu, mari kejap!"."Awak nak pergi Sarawak tak?". Muka rileks je. Kumpulan pengakap 29 akan wakil negeri ke Jambori Asia Tenggara. Emm, syok-syok!!

Bila tiba di KLIA, bukan main seronok lagi. Time tu la pulak nak sakit perut. Huhu. Maklumlah nervous, hehe

Bila pesawat nak take-off, rasa macam tak percaya. "I believe I can fly" gitu. Tapi naik pesawat bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Habis sakit telinga.. Waaa.. rasa macam nak menjerit-jerit. Sakit wooo..

Bila sampai kat Sarawak, turun je pesawat rasa macam pening-pening. Tak sanggup nak naik lagi dah pesawat ni.

Lepas seminggu kat Sarawak, tiba masa nak balik KLIA. Aduhai.. menadah telinga lagi. Tak sanggup tahan sakit. Tapi cikgu bagi gula-gula. Dia kata ok. Tp sakit jugak, cuma kurang la.

Bila balik rumah, mak ayah Tanya best ke naik pesawat. Saya cakap sama je macam naik bas, tiada yang berbeza pun. Cuma naik kat awan je. Hehe.



Tapi sekarang ni, dah tak larat nak naik pesawat. Kalau kena outstation, terpaksa la naik pesawat lagi. Nak try naik belon panas bila outstation.. Hehe.

Monday, 12 May 2014

Pengalaman Pertama: Mimpi Warna atau Mimpi Hitam Putih

Salam

Pernahkah kita sedar tentang mimpi kita sebenarnya berwarna atau tidak?

Tapi apa rasionalnya mimpi itu "colour" ke "black and white"?

Kalau tak perasan boleh la ushar mimpi anda nanti. Hehe


Saya pernah juga mencari artikel tentang topic yang diutarakan ini tapi tak jumpa.
Kalau korang jumpa boleh la attach kat sini..

Tuesday, 6 May 2014

Pengalaman Pertama: Makan Sushi

Salam

Sushi ialah makanan Jepun yang popular dikalangan orang kita. Tapi bukan semua orang berfikiran begitu.

Saya pernah try makan sushi. Itu pun setelah terpengaruh dengan kawan-kawan. Tengok deorang ni makan macam berselera je. Jadi saya pun memberanikan diri untuk cuba.

Mula-mula...saya ambik yang ada seaweed dan ada nasi dalam dia (sori tak tau nama), dalam hati fikir mungkin sedap kot. Pastu kawan kata, nah bubuh ni la baru best. Macam sos tapi warna hijau.

Saya pun letak la sos tu bersama dengan sushi yang ala2 lemang tu. Buka mulut besar-besar dan AUMMM makan dengan rakusnya...

Tiba-tiba mulut yang sedang mengunyah ini terhenti. Dalam hati...pedas giler.. Rasa nak jerit je tapi nanti malulah pulak.

"time ni memang dah tak boleh fikir". Nak buang kat mana?

Emm, jawapan dia senang. Dalam tangan....  malu giler kot. Apa lagi menjadi "bahan" la kan.

Seriously, itulah kali pertama dan terakhir saya makan sushi dan saya berazam no more sushi. Pengalaman pertama tu cukup lah. Tak perlu diulang lagi. Huhu.

Kepada kawan-kawan yang suka makan sushi, teruskan minat anda kerana usaha saya terhenti di sini..

Tobat tak mau dahhhh..full stop!!!!!!

Monday, 5 May 2014

Pengalaman Pertama: Shoot Dokumentari

Salam

Shoot dokumentari.

Kisah ni berlaku ketika saya di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Time tu belum tamat lagi sem akhir. Pengalaman yang tak tahu nak gambarkan apabila tiba-tiba sekumpulan masuk kepada gym lab dengan kamera dari sebuah tv nasional. Masa itu, saya masih tak ada idea. Dalam hati tertanya-tanya juga siapakah mereka ini. Tapi saya buat "keras" je macam malas nak layan. Saya teruskan membuat rawatan kepada pesakit amputation.

Tiba-tiba.....

Adik!, kami dari TV __ (dah dipotong) nak discover tentang universiti ni. Jadi kami rasa adik boleh jadi subjek kami untuk siri kali ni.

Haahhh, jantung dah berdegup kencang.. Dup dap dup dap. First time tengok kamera yang gedabak besar.

Selepas itu, bemulalah shoot beberapa babak dalam siri tu. Payah jugak nak buat. Malu dan segan. Tak ada skrip. Kena buat spontan. Lagilah.....

Buat punya buat, scene pun tamat.

Siap minta nombor telefon saya lagi dan nanti mereka akan contact semula andai ada rancangan yang berkaitan.

Pihak kru tu cakap, tunggu siri ni release pada bulan Ramadhan tetapi malangnya tak berkesempatan nak tengok sebab membantu emak dan ayah ketika bulan Ramadhan tu.

Tapi tak kisahlah sebab kalau tengok rancangan tu mesti demam nanti. Hehe

Thursday, 26 December 2013

Pengalaman Pertama: Berkhatan

Assalamualaikum

Hai jumpa lagi. Baru je masuk edisi ketiga untuk pengalaman pertama. Pembaca macam takde je. Hehe. Tak pe la belum rezeki la tu.

Pengalaman berkhatan ni akan menjadi pengalaman pertama dan terakhir seumur hidup. Tak akan dilalui lagi.


kali ini tak de gambar. Biarlah rahsia

Jadi apa ceritanya pula kali ini.

Bila cuti sekolah, semua orang berseronok tapi bukan untuk semua orang. Ada yang merancang untuk berkelah ditepi pantai, panjat gunung, melancong dan melencong dan macam-macam lagi. Tetapi ada jugak benda yang tak best tapi tetap kena buat. apa dia? Kena buat kerja sekolah!! Huhu

Tapi kisah kerja sekolah kita letak tepi sekejap. 

Perasaan yang tak dapat dibayangkan bila esok nak cuti tapi kalau boleh tak nak cuti sebab dah nak kena berkhatan. Emm, orang kata dah nasib badan. Apa boleh buat..

Mengenang kembali kisah lampau yang terlampau, saya menyertai "program tersebut" ketika sekolah rendah yang telah belangsung dengan seramnya di sekolah agama. Dah la menunggu itu satu penyeksaan. Bila tengok sorang keluar sengeh, kita pun rasa ok. Tapi bila ada yang keluar menangis, kita pun rasa nak balik je. Ni semua tok mudim punye pasaaalllll!!!

Tunggu punya tunggu waktu yang ditunggu telah pun tiba. Bila nama dipanggil terpaksalah masuk. Lantas, terdengar pula suara.. "Dik, baring sini".. Wargh..dup dap dup dap la. Huhu. Pasrah, pasrah. *babak seterusnya telah dipotong

Bila semuanya sudah selesai, apa nak ditunggu..balik la rumah. Lagi satu perkara yang tak best berlaku seperti tak boleh berjalan-jalan, berlari mahupun melompat ke sana-sini seperti kanggaru. Makan pun kena buboq dan ikan selayang stim atau rebus. Tawar tak payah cakap la kan. Tak sedap. Tatkala itulah dimana adik yang masih lagi kecil menayang aiskrim sambil menari-nari anak rusa nani didepan dengan riang gembira. Haish!!. Itu belum lagi bawa drumstick mengelilingiku yang terbaring kaku. Satu lagi Haish!!!

Tapi bak kata orang setiap kepahitan ada kemanisan di dalamnya. Ketika ini lah orang memberi perhatian lebih. Hahaha. Nak apa je dapat kecuali makanan (terpaksalah makan makanan tawar). Dan bila orang datang rumah, orang akan bagi duit.. Yahoo. Hihi. Tapi habis lepas tu sebab beli kereta Dash Yonkurou.

Lama sikit dan boleh berjalan. Banyak pulak pantangnya. Yang pertama: Tak boleh jalan banyak. Ke2: tak boleh langkah kulit kerang (Giler lar pantang ni!!) No 3: Lupa dah

Bila masuk sekolah.. dah boleh masuk "kelab orang-orang dewasa" walaupun masih sekolah rendah. Kelab ni ada misi dan visi. Apakah misi dan visinys? Haha. senang saja. Menyakat budak-budak yang belum menyertai upacara tersebut. Haha.

Bila dah besar, fikir-fikir balik memang tak matang betul time tu. Budak-budak. Haish sekali lagi.

Ok la cukup dulu sampai sini. Jumpa lagi dalam edisi PENGALAMAN PERTAMA: NAIK KAPAL TERBANG



Thursday, 19 December 2013

Pengalaman Pertama: Menjadi Fasilitator Untuk FRESHIE

Assalamualaikum

Hai bertemu lagi untuk sambungan kisah yang belum ni. Kalau tak sempat baca, anda boleh tekan DISINI. Hehe. Tekan tekan. Ok jom sambung

ni hiasan je tau. pinjam kejap eh. tq

Pertama kali menjadi "Pembantu Mahasiswa" atau "Fasilitator" ialah perkara yang menakutkan kerana tidak pengalaman mengawal pelajar-pelajar yang besar bilangannya. Kalau tak salah saya ketika itu bilangannya hampir 800 orang.

Sebelum diterima sebagai PM, kami perlu menghadiri orientasi sebagai PM. Banyak pengalaman yang menarik berlaku ketika itu. Mata saya melilau saja ke sana sini kerana tak kenal sesiapa pun. Sebatang kara.

Kami dibahagikan kepada kolej-kolej kediaman tertentu dan saya ditempatkan di Kolej Kediaman Refflesia dan Angsana di P.Alam. Perasaan gementar semakin menyelubungi diri tatkala dijengah rakan-rakan baru. Tak ada seorang pun yang saya kenal

Selepas bertaaruf, memperkenalkan diri kami mulalah bersembang-sembang dan berbual-bual (sama je). Kekuatan PM ketika itu cuma lingkungan 20 orang sahaja.Waktu tu saya ditugaskan sebagai BIRO KEROHANIAN dan SUKAN. Selepas diberikan taklimah, tahulah saya skop kerja biro ni. Tapi apa yang memeningkan kepala saya ketika itu, apakah sukan yang sesuai untuk dilakukan oleh 800 pelajar dalam masa yang sama. Uhh man..!!

Hari pertama:
Setelah ibubapa pulang dan meninggalkan anak-anak mereka di kolej kediaman. Ketika itulah juga kuasa ditangan kami datang secara tiba-tiba. Hehe. Mereka dikumpulkan di dewan. Bila melangkah masuk saja, mak aii ramai giler. Dup dap dup dap encik jantung berdegup kencang sampai rasa nak terkencing. Dengan muka yang penuh control dan cuba-cuba buat relax, semua PM naik ke pentas. Bila tiba time saya memperkenalkan diri, rasa nak lari. Huhu. Ayat skrip pada ketika itu ialah... Nama abang ...... abang akan jaga adik-adik dari segi kerohanian dan sukan. Cepat-cepat saya cakap Ok, tq. Hoo hoo lepas bala. Lepas tu startlah akitiviti ngan adik-adik PB (Pelajar baru) ni..

Hari kedua:
Pagi-pagi lagi, dalam pukul 5 pagi saya kena bangun untuk kejutkan PB. Bukan main liat lagi nak bangun subuh. Bayangkanlah kena naik setiap level untuk ketuk pintu bilik mereka. Rasa nak fracture dah tulang temulang jariku ini. Last-last sekali apa yang kami buat ialah bunyikan siren. Itupun tak bangun jugak. Huhu. Inilah akibatnya bercuti lama bangun lambat. Hehe. Dan bila jumpa kawan baru, apa lagi bersembang tak ingat dunia dan akibatnya tak ingat nak bangun subuh. Macam-macam lah PB-PB ni.

Hari ketiga hingga keempat.
-sila baca perenggan yang diatas ni. Sama je tiap-tiap hari.. Huhu

Hari akhir
Gimik perletakan jawatan sebagai PM sungguh penuh simbolik yang dicadangkan oleh Ketua dan Penolong Ketua PM (iaitu MPP). Kami memegang lilin yang menyala setiap seorang. Bila sampai mikrofon, kami memohon maaf atas segala dosa dengan PB dan kami tiup lilin tu. Kami kata dengan terpadamnya lilin, maka kami bukan lagi PM untuk PB tapi kami kawan PB. Ramai jugaklah yang menangis termasuklah cik-cik PM, emcik-encik PM steady. HEHE

Penutupnya, ex-PM dan PB menyanyi sama-sama lagu WARISAN dari Allahyarham Sudirman. Lirik lagu tu memang syahdu dan tangkap leleh dan akhirnya ramai yang meleleh juga ayaq mata. Ape? Saya? Emm~~~ (no komen). Ok see u. (cepat-cepat je tutup cerita..haha)

Jumpa lagi dengan cerita PENGALAMAN PERTAMA yang lain: BERKHATAN. Oucchh~~

Friday, 13 December 2013

Pengalaman Pertama: Menjejak Menara Gading

Assalamulaikum

Pertama kali menjejakkan kaki di universiti awam menyebabkan perasaanku bercampur baur. Bukan tak pernah berjauhan dengan keluarga. Pernah tetapi cuma utntuk seketika tapi kali ini mungkin lama juga. Biasalah perasaan remaja baru nak membesar, baru nak belajar berdikari. OMG..Orientasi!!! Bencinya!!

Image: Lebih 9,000 pelajar baru akan daftar diri mulai hari ini
hiasan je ni

Bagi pelajar baru atau nama glemer "FRESHIE" amatlah tak best pada minggu pertama sebab kena orientasi. Kalau seminggu, seminggu la hidup dicatu. Penat dan kelam kabut sentiasa menyelebungi diri kerana tidak mendapat rehat yang cukup terutamanya pada waktu siang. Bila tiba sesi malam, alamatnya mata dah jadi separuh dengan kepala yang mengangguk-angguk tanda "faham" apa yang diceramahkan walaupun berada di alam mimpi. ;p (tidur)


Banyak juga perkara-perkara yang agak menjengkelkan dalam orientasi. Ada satu sesi tu, kami terpaksa berdiri di gelanggang bola tampar seawal 5 pagi mendengar 'ceramah' dari fasilitator sehinggalah waktu subuh. Kemudian selesai solat subuh, kena pula dengar ceramah subuh. Hurmm, ceramah subuh ~~ (mesti korang tahu jadi apa kan? hehe)


Denda mendenda ni memang dah lumrah dalam orientasi week. Ada yang kena push up, ada yang kena marah dan ada jugak yang kena tiup lampu pendaflur hingga padam!! Aisemen, macam mana nak padam bos? Dah la lampu tu berapa tinggi nun di syiling. Hehe. Kelakar betul la denda macam tu.


Lagi sehari dua nak tamat orientasi, kami ditugaskan ambil tanda tangan fasilitator. Aduhai, bapak susahnya nak dapat. Siap tak mengaku nama, suruh buat itu buat ini semata-mata nak turunkan tandatangan atas kertas milik freshie. Tapi sebagai freshie, layankan je la. Kalau ikutkan marah, memang marah..haish!!


Dalam orientasi tu, ada satu sesi untuk menyedarkan freshie supaya belajar dengan bersungguh-sungguh, jangan lupakan pengorbanan ibubapa dan menghargai peluang yang telah diberikan kepada kami. Yes, ceramah lagi. Suka 3x. Tiba-tiba lampu dewan ditutup. Terdengar suara fasilitator yang sayu-sayu. Tiba-tiba ada suara dari freshie yang gelak "kik kik" Daripada suara mendayu-dayu terus jadi suara mengamuk. Huhu. Tak sempat nak menghayati keinsafan terus potong stim.


Itulah sedikit antara yang saya dapat ingat. Bila kenangkan kembali, ia memang kenangan yang sangat menyeronokkan dan mengembirakan. Mungkin nanti saya akan kongsikan juga PENGALAMAN PERTAMA: MENJADI ABANG FASILITATOR bagi pelajar baru aka FRESHIE. Hehe (gelak jahat)


Jumpa lagi nanti.

Teruskan membaca

Boleh kongsikan pengalaman anda juga.


p/s - tq kepada abg dan akak fasi atas segala pengalaman yang menyeronokkan.

-S.I.H.Ad-


Saturday, 15 September 2012

Ulasan Lirik Teman Pengganti - Malique feat. Black

SALAM

Terima kasih sebab klik untuk membaca ulasan mengenai lagu Teman Pengganti 

Lagu ini berlatarkan kisah tragis seorang lelaki yang menanti saat-saat pemergiannya. Merasa kesedihan, ketakutan dan kerisauan dalam hatinya terhadap seorang isteri. Beliau menderita penyakit jantung (mungkin) yang menjadi rahsia sekian lama daripada pengetahuan isterinya. 

Kecintaannya kepada isteri tiada tolok bandingnya dihiasi dengan pengorbanan dan kata-kata indah disetiap ceritera kisah hidupnya. Beliau meletakkan satu harga yang tidak ternilai atas pengorbanan seorang isteri yang menerima dirinya sebaik-baiknya, sabar dengan kerenahnya dan sanggup menepuh kepayahan hidup bersama.

Beliau tahu seistimewa manapun isteri dimatanya, Allah SWT lebih dia sayangi, mencintaiNya dengan sepenuh hati dan sentiasa redha dengan ketentuanNya.

Kisah ini menjadi lebih sedih apabila beliau menyiapkan segala-gala yang termampu dalam keterbatasan fizikal dan kemampuannya untuk meringankan bebanan orang lain setelah kepergiannya,

Lagu ini ialah masterpiece Malique yang bijak bermain dengan susunan kata-kata puitis, cukup untuk menggambarkan seluruh isi cerita ini yang bergelumang dengan rasa kekesalan, kesedihan, kesengsaraan dan kepasrahan. Well done Malique. BEST!!

Teman Pengganti - Malique feat. Black

Teman Penggangti

Klik disini (untuk ulasan mengenai lagu ini)


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama


Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Friday, 14 September 2012

Oppa Gangnam Style

SALAM

Memang fenomena sekarang, boleh kata satu dunia kena demam Psy ni. Memang semua orang psycho habis dengan Gangnam Style. Artis Hollywood siap tweeting pasal lagu ni, apatah lagi artis Bollywood, Malaywood dan Plywood.

Ramai orang suka dan begitu juga sebaliknya. Biasalah lumrah alam. Tapi kira stylo jugak la si Psy ni sampai tarian itu diikuti oleh ramai orang. Mana dia dapat idea nak tunggang kuda tu pun tak tau.

Dalam Youtube, mamat sorang ni pernah imitate Lady Gaga dan Beyonce. Korang try la cari. Kelakar habis.

Tak habis kat situ, ramai pulak yang buat parodi. Kat Malaysia, radio Fly.fm tak terkecuali. Semua nak buat parodi..ok la untuk lepas geram nak naik kuda.

Untuk versi orang marah mungkin boleh letak tajuk "Opah Geram Bai" Haha. JOKING!!!


Saturday, 11 August 2012

Bloggers Copy Paste?!


SALAM
Apa cerita ni? Bloggers copy paste?



Inilah nasihat dari kawan-kawan aku ketika aku cakap aku nak try buat blog. Deorang kata jangan jadi blogger copy paste. Orang tak suka.. orang tak suka, kenapa?

Tapi apakah itu blogger copy paste?
Menurut deorang, bloggers copy paste ini ialah golongan bloggers yang suka copy bloggers lain punya article dan paste dalam blog dia macam buat assignment jer. Selain pada itu, ada juga yang copy dari petikan akhbar online jugak ada jugak ke stail macam ni? Emm, betul juga tu..aku ada juga terbaca tulisan blog, macam ayat buku pun ada. Kekantoian!!

Tapi kenapa mereka buat kerja macam ni? Aku rasa ada beberapa musababnya;
1. Kering idea (nak fikir tapi idea tak datang atau malas nak fikir)
2. Nak cepat (seperti kata iklan “Pantas dan menjimatkan masa”)
3. Asal ada (janji ada orang visit blog cukuplah)
4. Tak pandai nak menulis (erk~~ karangan dapat C+)

Sebab itu la juga kalau kita membaca article yang di”copy paste” ni selalu pelik dari segi bahasa. Kalau copy dari laman Indonesia ada ayat-ayat yang digunakan agak asing pada pendengaran kita.

Ok, apa-apapun jangan jadi BCP (blogger copy paste) maaaluuuu

Bye!!!
Wassalam

Friday, 27 July 2012

Hobiku ialah makan

SALAM

Seorang kawan bertanya kepada saya tentang hobi saya. Dengan senang hati saya bagi tahu. Makan!!.



Lantas dia menjawab"oo..padan la". Saya tahu saya ni tidaklah sekurus mana. Saya terima itu.

Pada saya, saya tidak kisah samada gemok atau kurus, janji hati baik.

Tapi saya faham, bukan semua orang berfikiran macam saya. Ada yang kisah mengenai saiz, ada yang tidak.

When people say "size doesnt matter". Please think twice.

Monday, 23 July 2012

Najwa Latif - fenomena baru industri muzik?

SALAM

Suka atau pun tidak, Najwa Latif ialah fenomena baru industri muzik Malaysia. Setelah tenggelamnya nama-nama besar, tiba-tiba Najwa Latif hadir membawa alunan yang ringkas, ringan dan sedap didengar.

Setiap lagunya menjadi siulan. Jika ada saja video baru yang diupload ke Youtube sudah tentu ramai yang akan menontonnya.



Terbaru, Najwa tampil dengan lagu ketuhanan "AdaMu". Menggambarkan alam semulajadi atas ciptaan Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, ia seperti sebuah video yang sangat synchronize dengan alunan lagu.

Semoga Najwa Latif sentiasa berjaya. Good Luck


Tuesday, 17 July 2012

Bermula

SALAM

Langkah pertama saya dalam blog. Emm, harap-harapnya ia menggembirakan. Saya perlukan rakan-rakan yang akan membantu mengajar saya bagaimana untuk berblog.



Salam Perkenalan

Shazrul Iman